Thursday, July 21, 2011

seloka 5A8 ^^


ucapan satu malaysia pembuka kata ,
kepada semua pembaca pelita , 
5A8 ada buat seloka , 
jangan semua tidak percaya . 


masuk sekali rasa dah pening , 
guru disiplin dah penat warning , 
yang lalu lalang menjeling-jeling , 
al-maklumlah tersangatlah BISING !!!


kelas kami banyak ragamnya , 
22 puteri 14 putera , 
 SPM 2011 bakal menjelma , 
tapi semuanya buat selamba .


bermata sepet seperti cina , 
bertudung simple itulah trendnya , 
Pn.Nurul Farehan empunya nama , 
MUMMY 5A8 yang sangat ceria .


senyuman manis jarang sekali , 
presiden kami garang sekali , 
nak jadi CEO dewasa nanti , 
Chin Yoong Lei empunya diri . 


"lu fikirlah sendiri" taglinenya , 
kata-katanya menyakitkan hati , 
naib presiden tugas utamanya , 
Abdul Halim empunya diri . 


kehulur-kehilir seperti ceti , 
meminta duit setiap hari , 
'loading' juga gelaran diri , 
itulah Adilla bendahari kami . 


kecil molek cute orangnya , 
walaupun kecil tapi berbisa , 
'tergedek-gedek' adalah tabiatnya , 
Azalizah Amam itulah dia . 


tersenggok-senggok umpama mengerti , 
itulah Baskaran empunya diri , 
tenangnya muka saat menanti , 
tahan mengantuk sepenuh hati . 


kalau mengantuk sampoi sekali , 
goyang kanan goyang kiri , 
cikgu marah tidak peduli , 
Muhd Amirul empunya diri . 


'mat ketat' gelaran diberi , 
mukanya sering dicemburui , 
walaupun macho malas study , 
Rahmat Ibnu nama diberi .


suka menyampuk didalam kelas , 
aksi selamba bulat orangnya , 
pantang disakat mesti dibalas , 
itulah dia Norhanisah kita .


internet bergerak itulah dia , 
pembawa maklumat kesini sana , 
sentiasa bergosip setiap masa , 
Siti Nurfatihah empunya nama .


sometimes pendiam , sometimes periang , 
kekadang rajin , kekadang bising , 
bila disoal kepala pening , 
sambil tersenyum Muhd Azmi menggeleng . 


pengawas sekolah jawatan disandang , 
sering duduk bersendirian ,
murah senyuman tidak pernah kurang , 
itulah dia Siti Noorhidayati rakan berjawatan . 


Nashrul Nizam lidi orangnya , 
walaupun lidi segak orangnya , 
sentiasa berjalan kesini sana , 
mengusha 'si dia' itulah kegemarannya .


Foo Yee Shan nama penuhnya , 
gelaran 'barbie girl' itulah dia , 
Chay Wai Ting pula manja orangnya , 
menjadi tumpuan ramai jejaka .


menjadi kartunis cita-citanya , 
Masruroh Mabrur itulah dia , 
bila melukis tak ingat dunia , 
lepas lukis buang merata . 


badan kurus itulah dia , 
melawan guru itulah hobinya , 
pantang ditegur menjawab saja , 
itulah Naseef yang happy sentiasa . 


sekali pandang tiada rupa , 
dua kali pandang hui...handsome juga , 
tidak pernah bosan dengan lawaknya , 
Muhd Azmeer itulah dia .


kalau tak ada sepilah kami , 
kalau dah ada mesti sakit hati , 
suka cri pasal itulah hobi , 
Nur Fitrah ingin memperkenalkan diri . 


bersenda gurau serah padanya , 
tatasusila tetap dijaga , 
Nor Masidayu diberi nama , 
tak pernah marah tersengih sahaja . 


kontrol ayu sifat semulajadinya , 
diusik sedikit berubah muka , 
mungkin sensitif agaknya , 
itulah dia Anisah Fitri empunya nama . 


berambut kerinting semulajadi , 
dialah Kamales sweet sekali , 
Dinesh dan Shanmuga kawan sejati , 
sering berkelahi setiap hari .


tiga sahabat sehati sejiwa , 
kemana sahaja pasti bersaam , 
Kah Leng , Khar Mun dan Pui Yan diberi nama , 
pergi ke toilet sentiasa bersama .


Xiu Wen pula tenang orangnya , 
kalau ditanya sepatah , sepatah jawabnya , 
Sze Kee pula lembut kononya , 
bila ketawa penuh bergaya . 


Swee Teng pendiam orangnya , 
memang susah nak dengar suara , 
bila dipanggil senyum sahaja , 
tapi study tak ingat dunia . 


ratu karaoke hanya untuknya , 
seiring radio merdu sekali , 
Farah Shahirah suara yang seksa , 
orang menyampah dia tak peduli . 


nak kata pandai tak pandai juga , 
ada tak ada sama sahaja , 
pengawas sekolah dialah juga , 
Sheng Xu si sepet itulah gerangannya . 


kehulur kehilir sibuk sentiasa ,
tak masuk kelas katanya tak apa , 
tiga sekawan seiring bersama , 
How Kiat , Zhi Xiang , dan Tze Jian itulah mereka . 


suara lembut comel orangnya , 
itulah Woon Yuan empunya nama , 
Pey Wen pula rakan sejiwa , 
bersahabat baik sejak setahun lama . 
gurauan ini semata-mata , 
untuk kenangan kita bersama , 
ampun dan maaf kami pinta , 
tahun ini kami bersara . 


nukilan student 5A8 2011 :)

















No comments:

Post a Comment